SEORANG anggota pegawai polis di Telangana, India, menerima malu kerana meminta sogokan rasuah Rs 17,000 atau kira-kira RM998.00.
Lebih memeranjatkan, Palle Thirupati Reddy, yang bertugas di balai polis Mahbubnagar kantoi membuat kesalahan itu kurang 24 jam selepas diberikan anugerah kecemerlangan.
Anggota berpangkat kostabel diberi anugerah berkenaan ketika sambutan Hari Kemerdekaan India pada Khamis lalu.
Sehari kemudian, nama Reddy kembali 'popular' apabila dia ditahan Biro Anti Rasuah (ACB) sebagai habuan tidak memfailkan kes terhadap seorang individu.
Sehari kemudian, nama Reddy kembali 'popular' apabila dia ditahan Biro Anti Rasuah (ACB) sebagai habuan tidak memfailkan kes terhadap seorang individu.
Bukan sekadar itu, kontabel itu juga didakwa terlibat jenayah lain.
Seorang pengadu bernama Ramesh mendedahkan Reddy sering meminta 'wang perlindungan' daripadanya ketika dia melakukan kerja mengangkut pasir walaupun memiliki dokumen yang sah.
Portal berita Indiatimes yang dipetik memaklumkan Reddy dihadapkan ke mahkamah anti rasuah.
0 Comments