Pekan tiada air, Najib didakwa tak peduli



INGATKAN di Selangor sudah cukup teruk, rupanya penduduk Felda Chini di Pekan, Pahang, mengalami nasib lebih malang apabila terpaksa hidup dalam keadaan tidak keruan gara-gara terputus bekalan air sejak 10 hari lalu.

Mereka buntu dan tidak tahu apa yang mahu dilakukan. Merasa terpinggir walaupun tinggal di kawasan Parlimen dikuasai bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.

Gambar hiasan - Masalah berlarutan | Sumber- Google
Memetik laporan Malaysiakini, penduduk mendakwa aduan telah dibuat kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip). Namun sehingga kini jelas mereka tiada maklum balas positif mengenainya diterima.

"Bekalan air telah dipotong sebelum cuti Hari Raya Aidiladha pada 9 Ogos lalu dan masalah ini berterusan sehingga ke hari ini," kata Yusof Wahab dipetik laporan itu.

Yusuf, merupakan peneroka yang telah menetap di Felda berkenaan sejak tahun 1984.

Apa yang mengejutkan ialah Ahli Parlimen kawasan itu, Najib Razak membuat tuduhan kononya isu bekalan air itu ada kaitan dengan Kerajaan Persekutuan.

Melalui laman sosial Facebooknya bekas Presiden Umno itu dilapor mendakwa Kerajaan Persekutuan ada niat membalas dendam.

Malangnya Najib sendiri atau Adun Chini Abu Bakar Harun didakwa tidak kelihatan bagi melihat sendiri masalah dialami rakyat di kawasan tersebut.

Sebagai rekod, ini bukan pertama kali isu bekalan air di kawasan parlimen itu dibangkitkan. Masalah tersebut sudah berlarutan sekian lama.

Pada bulan Mac lalu, bekalan air terganggu kerana paras air rendah di Loji Rawatan Air Chini.

Penduduk tempatan curiga bahawa kegiatan pembalakan menjadi salah satu punca kepada masalah dihadapi mereka.

Post a Comment

0 Comments