PELAKON filem Magika, Datin Diana Danielle Danny Beeson dilapor mendapat serangan keresahan (anxiety) sejak dua minggu lalu.
Diana,
28, berkata, dia cuba untuk melawan dan mengawal serangan tersebut
namun keadaan kesihatannya semakin meruncing sejak tiga hari lalu
sehingga memaksanya mendapatkan rawatan.
"Sejak
dua minggu lalu, saya mengalami serangan keresahan. Saya menyedari
serangan tersebut kerana terdapat beberapa simptom yang muncul secara
berperingkat.
"Sejak
dua minggu yang lalu, tapak tangan saya kerap berpeluh, hilang selera
makan dan insomnia. Namun sejak tiga hari lalu, saya sukar untuk
bernafas dan dada terasa sempit," katanya menerusi laman Instagramnya.
Anxiety
boleh menyebabkan seseorang itu mengalamai berterusan. Ia boleh menjadi
terlalu kronik sehingga menganggu urusan harian sehingga menyebabkan
aktiviti harian terganggu manakala tubuh dan minda berasa letih yang
luarbiasa.
Individu
yang terkena serangan ini cenderung berasa sukar bernafas, sakit dada,
pening, berpeluh-peluh, menggigil, jantung berdebar, sakit perut dan
lemah tubuh badannya.
Sementara
itu, isteri kepada pengarah dan pelakon, Datuk Farid Kamil itu berkata,
dia akan berkongsi perkembangan lanjut mengenai dirinya selepas pulih
daripada menjalani rawatan.
0 Comments