Melaka mahu sedia rumah sewa RM200


RAKYAT
Negeri Melaka kini berpeluang memiliki rumah mampu milik yang disedia kerajaan negeri.

Ia susulan termenterai-nya perjanjian usahasama antara Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dengan sebuah syarikat pemaju bagi membangunkan projek perumahan Kos Sederhana Rendah, Rumah Teres Mampu Milik dan Perumahan Bercampur di negeri itu.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pembinaan projek perumahan itu bakal melibatkan tanah seluas 20.068 hektar di Mukim Melaka Pindah, Alor Gajah.

Adly Zahari
“Pihak pemaju akan membina 33 unit (10 peratus) Rumah Kos Sederhana Rendah (RKSR) dengan harga jualan tidak melebihi RM100,000.

“Selain 60 unit (20 peratus) Rumah Teres Mampu Milik (RMM) dengan harga jualan tidak melebihi RM180,000 dan 335 unit (70 peratus) Rumah Bercampur seperti 56 unit Rumah teres, 34 unit lot kedai/pejabat, 50 Unit Rumah Berkembar, 178 unit Rumah Kluster dan 17 unit Rumah Banglo,” kata pada sidang media baru-baru ini.

Difahamkan, kerja-kerja pembinaan itu dimulakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh kelulusan Lesen Pemaju Perumahan dan Permit Iklan diperoleh. Pihak pemaju perlu menyiapkan projek ini dalam tempoh 24 bulan dari tarikh permulaan kerja-kerja pembangunan.

Dalam perkembangan berkaitan. Adly Zahari juga berkata, kerajaan negeri sedang mencari pelbagai inisiatif bagi membantu golongan B40 yang terbeban dengan kadar sewaan rumah tinggi.

Kerajaan Melaka yang dipimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) jelasnya akan mengkaji model-model baharu bagi menyediakan perumahan khusus dengan paras sewaan di bawah RM200 khususnya bagi yang sudah berumah tangga.
 

Post a Comment

0 Comments