SEEKOR anak ikan lumba-lumba berusia sembilan hari mati dipercayai kerana 'bekerja berlebihan'.
Memetik laporan Mirror UK, hidupan laut itu didakwa mati ketika persembahan di Varna Dolphinarium iaitu sebuah taman tema air di Bulgaria.
Persekitaran didakwa tidak sesuai |
Seorang saksi memberitahu ada sesuatu berlaku ketika persembahan berlangsung, pengendali taman tema berkenaan kemudiannya mengarahkan supaya orang ramai beredar.
Bagaimanapun, pemilik taman tema itu menafikan bahawa anak ikan lumba-lumba itu mati semasa membuat persembahan secara langsung.
Badan kebajikan haiwan, Four Paws sebelum ini mendakwa lima ekor ikan lumba-lumba dan seekor anjing laut mati di taman tema tersebut sejak lima tahun lalu.
Seorang juru cakap badan itu, Yavor Gechev dipetik berkata, keadaan di taman tema itu gagal mematuhi spesifikasi minima penjagaan haiwan.
"Haiwan-haiwan itu berada dalam keadaan teruk, mereka tidak mampu bertahan," katanya.
Sementara itu, ada pihak mendakwa ikan lumba-lumba di taman berkenaan dipaksa mengadakan persembahan empat kali sehari.
0 Comments