Lembu korban lari lagi



SETIAP tahun, kita disajikan dengan berita lembu terlepas lari ketika ibadah korban sedang berlangsung.

Suasana riuh di pekarangan Masjid Al Ansar | Sumber - Awani
Kita sering menyaksikan rakaman video orang ramai bertempiaran lari kerana bimbang disondol haiwan korban berkenaan. Kebiasaanya insiden seperti ini sering berlaku atas kesilapan manusia.

Tahun ini, insiden serupa dirakam lagi. Di Sarikei, suasana di pekarangan Masjid Al Ansar, Kampung Selalang bertukar riuh apabila seekor lembu korban masjid itu terlepas daripada ikatan. Lebih menggemparkan apabila, lembu korban itu cuba mengejar jemaah masjid yang mahu menangkapnya.

Manakala penduduk Kampung Ujung Permatang, Kuala Selangor pula gempar apabila lembu korban yang telah disembelih tiba-tiba bangun semula sebelum melarikan diri sejauh kira-kira 300 meter.

Kejadian pukul 11 pagi semalam berlaku semasa berlangsungnya majlis korban di Masjid Ahmadiah Kampung Ujung Permatang.

Ketua Kampung Ujung Permatang, Abdullah Kamaruddin dipetik berkata, Insiden itu kali pertama berlaku ketika ibadah korban dijalankan di kampung tersebut. (Video)

“Sebaik lembu disembelih, petugas beranggapan haiwan itu akan mati sebelum membuka tali ikat dengan cepat. Sebaik ikatan dibuka, haiwan tersebut terus bangun dan melarikan diri

“Orang ramai kemudiannya berjaya menangkap lembu itu semula selepas mengejar sejauh 300 meter,” katanya dipetik Kosmo.

Sementara itu, insiden surupa turut dilapor berlaku di beberapa tempat lain, satu rakaman video menunjukkan orang ramai cemas apabila seekor lembu korban terlepas. 


Dalam video yang dipercayai dirakam di Sarawak itu, orang ramai bertempiaran lari, beberapa buah motosikal juga jatuh dirempuh lembu berkenaan.

Lembu berkenaan akhirnya berjaya ditangkap semula sebelum ibadah korban diteruskan.


Post a Comment

0 Comments