SESEORANG pemimpin wajar mempamerkan sikap bijak dalam tindakan mereka agar boleh menjadi teladan pengikutnya.
Tindakan menyebar fitnah bagi memberi persepsi tidak baik kepada individu atau organisasi tertentu bukan sahaja merugikan, malah hanya membuatkan cara berfikir rakyat terbelenggu.
Semalam, Presiden sebuah NGO yang mesra Umno membuat penyelesaian luar mahkamah bagi saman yang dikenakan terhadapnya kerana kes fitnah.
Media tempatan melaporkan Azwanddin Hamzah membuat permohonan maaf kepada timbalan menteri pertahanan, Liew Chin Tong kerana sebelum ini menuduhnya memakai "seragam komunis" dalam satu acara membabitkan kementerian pertahanan.
Ciapan fitnah oleh Azwanddin |
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) itu turut diarah mengeluarkan permohonan maaf dalam masa 14 hari di portal berita, antaranya Malaysiakini, Free Malaysia Today, The Star Online, Utusan Online serta di laman Facebook JMM dan laman sosial peribadinya sendiri.
Pada tahun lalu, Azwanddin Hamzah membuat hantaran di Twitter menuduh Liew 'biadap' kerana memakai seragam komunis ketika memeriksa perbarisan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Hari ini dengan sengaja timbalan menteri pertahanan berpakaian seragam komunis di hadapan tentera Melayu. Ini sikap kurang ajar," ciap Azwanddin yang disertai gambar Liew memeriksa perbarisan.
Susulan itu, Kementerian Pertahanan tampil dengan kenyataan yang menegaskan bahawa kenyataan dibuat Azwanddin itu suatu penghinaan terhadap pasukan keselamatan negara seta menjelaskan bahawa 'seragam komunis' yang didakwa itu sebenarnya merupakan baju korporat bush jacket yang disediakan sendiri Kementerian Pertahanan.
Ia adalah pakaian korporat ATM | Sumber- Google |
Terdahulu pada Disember, Liew memfailkan saman terhadap Azwanddin selepas Azwanddi enggan memohon maaf terhadap tuduhan yang dibuat dua bulan sebelumnya.
Persetujuan luar mahkamah semalam dibuat di depan hakim Mahkamah Tinggi Azimah Omar.
0 Comments