PM Anwar ulangi komitmen lawan gejala rasuah

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi komitmen kerajaan MADANI untuk tidak berkompromi dalam isu rasuah termasuk memberi peluang kepada mana-mana pihak merobek kekayaan rakyat.

Menerusi ucapan pada Majlis Makan Malam bersama Diaspora dan rakan-rakan Malaysia bersempena lawatan rasminya ke Brazil Anwar berkata, kerajaan pimpinannya bersungguh-sungguh untuk membawa perubahan yang besar kepada negara.

"Saya maklumkan kerajaan kini punyai pasukan mantap dan akan bekerja keras melaksanakan dasar serta polisi yang menguntungkan rakyat keseluruhannya.

"Kerajaan Madani juga tidak akan berkompromi dengan isu rasuah dan mana-mana pihak yang merobek kekayaan rakyat,” katanya
 
Hadir bersama 200 tetamu pada majlis itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Sementara itu beliau yang juga Menteri Kewangan berkata,  siri lawatan ke beberapa negara yang dilakukan telah memberi impak positif.

Lawatan tersebut bukan hanya dalam mengukuhkan hubungan dua hala, tetapi juga limpahan positif kepada ekonomi dan rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Justeru, beliau memohon semua rakyat Malaysia termasuk yang berada di luar negara untuk terus mendukung segala usaha baik dilaksanakan kerajaan.

Post a Comment

0 Comments