Setiausaha Amirudin gesa negeri Pas tukar Menteri Besar

SETIAUSAHA Politik Menteri Besar Selangor menempelak sikap pemimpin Pas yang cuba bermain politik dalam isu banjir di negeri itu.

Saifuddin Shafi Muhammad sebagai menjawab kenyataan Pengarah Pilihanraya Pemuda Pas Selangor, Kamarul Jamaluddin bahawa langkah menggantikan Amirudin dapat menyelesaikan isu banjir di negeri itu berkata, langkah itu wajar dimulakan Pas di negeri-negeri ditadbir mereka.

"Saya konsisten bahawa eloklah mereka menukar dulu menteri besar di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

"Semalam (Isnin) Perlis dilanda banjir kilat, maka eloklah menteri besar Perlis ditukar juga.
 
"Itu sekiranya perbandingan hendaklah dilakukan tentang keberkesanan pengurusan bencana di antara Selangor dengan empat negeri di atas," tegasnya.

Saifuddin sebelum ini menyifatkan pemuda Pas sebagai “bodoh sombong” kerana mengaitkan banjir di negeri itu dengan pelaburan negeri.

Dalam kenyataan sama beliau menegaskan, kerajaan Selangor sentiasa mengambil langkah mitigas dan pengurusan banjir dalam menangani bencana alam itu.

"Kejadian banjir di Ijok baru-baru ini berpunca dari kegagalan projek tebatan banjir Sungai Buloh dianugerahkan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man semasa menjadi menteri alam sekitar dan air pada tahun 2020.

"Projek yang sepatutnya siap Dis 2024 itu baru sahaja selesai 70 peratus.

"Sewajarnya Pemuda PAS Selangor bertanya apakah kriteria pemilihan kontraktor sehingga kini gagal menyelesaikan projek penting dalam masa yang ditetapkan," tambahnya. 

Post a Comment

0 Comments