Fahmi jamin tiada pekerja Pos Malaysia terjejas penggunaan teknologi AI


TIADA pekerja Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan diberhentikan walaupun syarikat itu akan mula mengadaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk kemajuan perkhidmatannya.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberi jaminan itu melalui perasmian Hari Pos Sedunia di Kuala Lumpur pada Rabu.

Mengulas lanjut penggunaan teknologi kecergasan itu dalam perkhidmatan Pos Malaysia, Fahmi menegaskan, ia bertujuan memantapkan penggunaan tenaga kerja.

"Ia untuk menjadikan pekerjaan yang dilakukan itu lebih efisien dan pada masa sama meningkatkan mutu perkhidmatan. Jadi saya tidak lihat ada keperluan untuk membuang pekerja apabila Pos Malaysia memanfaatkan AI.

"Teknologi boleh disesuaikan dengan tindakan seperti menganalisis data. AI mampu buat beberapa perkara, khususnya dalam beberapa aspek pengurusan, l tetapi bukan dalam perkara berkaitan logistik.

"Kita tidak menjangkakan pekerjaan akan hilang, tapi mungkin skop pekerjaan akan berubah," katanya.

Pos Malaysia dikorporatkan daripada Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia milik kerajaan pada 1990 dan ketika ini mempunyai kira-kira 18,000 pekerja

"Posmen-posmen tidak perlu risau apabila Pos Malaysia menggunakan AI dalam perkhidmatan dan AI tidak akan menggantikan kerja anda untuk penghantaran," tambahnya.

Sementara itu Fahmi memaklumkan, Akta Perkhidmatan Pos 2012 ( Akta 741) sedang dalam perancangan untuk dipinda.

Jelasnya, pindaan itu perlu kerana banyak perkara sudah berubah sejak 2012 dan mungkin berubah dalam tempoh 10 tahun mendatang ini.

Sehubungan itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah melantik perunding untuk tindakan seterusnya.


Post a Comment

0 Comments