100 pelajar Parlimen Tambun dapat sumbangan peribadi Perdana Menteri

SERAMAI 100 pelajar di Parlimen Tambun yang akan melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi (IPT)  menerima sumbangan peribadi  daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Munim berkata pelajar terbabit dari kalangan keluarga B40 menerima RM500 setiap seorang.

"Sumbangan ini bertujuan meringankan bebanan kos sara hidup keluarga pelajar yang dibantu agar mereka turut mendapat kualiti pendidikan sama seperti mereka yang lain," katanya melalui satu kenyataan.

Melalui kenyataan sama Muhammad Kamil menyatakan harapan supaya sumbangan itu akan memberi cetusan motivasi buat pelajar terbabit dalam meneruskan kecemerlangan di peringkat lebih tinggi.

Malah jelasnya, inisiatif itu akan dilaksanakan secara berterusan dan memfokuskan kepada pelajar dalam kalangan keluarga B40.
 
"Perdana Menteri melalui Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun komited untuk membantu golongan pelajar menerusi pelbagai inisiatif berlandaskan aspek pembangunan program, kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa di negara ini," tambahnya.

Post a Comment

0 Comments