DEWAN RAKYAT akan memperkasa sistem perdigitalan dan mutu perbahasan ahli-ahli pada persidangan dewan itu.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata, sistem digital masa kini dapat membantu menjadikan urusan dalam dewan menjadi lebih cepat dan lancar sekaligus dapat menjimatkan kos.
"Saya pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah jadi semenjak masuk ke Parlimen, saya telah membawa idea pendigitalan di Sidang DUN Kedah untuk disesuaikan di Parlimen.
"Saya lihat urusan melibatkan soalan-soalan tambahan dan pemberian jawapan semasa persidangan juga menjadi lebih cepat. Kalau zaman dulu mungkin tiga minggu baru dapat jawapan, sekarang ini boleh dapat dengan segera," katanya.
Johari berkata begitu pada satu sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke DUN Kedah di Wisma Darul Aman pada Rabu
Sementara itu beliau menjelaskan, Kedah dan Selangor menjadi antara negeri yang menggunakan sistem pendigitalan yang berkesan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
Justeru sistem pendigitalan dalam dewan akan menjadi antara perkara yang akan dibincangkan pada Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan DUN Se-Malaysia 2024 di Kuching, Sarawak pada 11 hingga 14 September depan.

0 Comments