PENGUNDI
bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri
dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan fatwa politik dikeluarkan
parti Pas.
Presiden parti Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu pada
ucapannya dalam majlis ceramah di Gua Musang berkata begitu sebagai
merujuk kenyataan yang menggelar parti DAP sebagai kafir harbi
Tambah Mohamad Sabu, fatwa parti pas sering berubah-ubah demi kepentingan politik seperti yang berlaku sebelum ini.
"Dua
kali pilihan raya kita bersama Pas, bersama DAP pada PRU 2008 dengan
2013, Lim Guan Eng juga pernah dipuji seakan Umar Abdul Aziz.
"Pada
2008 juga berapa ramai wanita DAP pakai baju Nik Aziz (bekas Mursyidul
Am Pas) dan ramai juga pemimpin Pas pakai baju dan topi roket, ketika
itu tiada masalah.
"Kemudian 2015 bercerai dengan DAP dan
KEADILAN...Mungkin tahun depan (mereka akan kata) kita berkawan dengan
DAP satu rahmat kepada Allah," katanya berseloroh.
Baru-baru ini,
tular satu rakaman video memaparkan pengerusi majlis ceramah Pas dan
Perikatan Nasional (PN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri
mengeluarkan kenyataan DAP adalah ‘kafir harbi di Malaysia’.
Susulan
tuduhan melampau itu Mufti Pahang menegaskan, mana-mana pihak tidak
boleh menggunakan istilah kafir harbi untuk menyelar pihak lain.
Datuk
Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim berkata, sebagai umat Islam dan rakyat
Malaysia perlu menitikberatkan perpaduan selain menjaga sensitiviti
semua pihak.
Mengulas lanjut, Mohamad Sabu mengingatkan kepada
pengundi yang beragama Islam agar tidak terpedaya dengan retorik politik
Pas, sebaliknya terus berpegang kepada prinsip-prinsip agama yang
tetap.
"Anggaplah 'dengar telinga kanan, keluar telinga kiri',
fatwa-fatwa ini jangan ambil berat. Fatwa ini akan berubah setiap kali
pilihan raya, janganlah pegang fatwa ini kerana ia hanya angin lalu
mengikut musim dan keadaan," katanya.
0 Comments