Pasukan khas kaji keselamatan struktur tanah di Kuala Lumpur ditubuhkan

 

SEBUAH pasukan khas bagi mengkaji tahap keselamatan struktur tanah di sekitar Kuala Lumpur terutama di Jalan Masjid India ditubuhkan.

Datuk Bandar, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, berkata pasukan disertai  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) itu sudah pun diaktifkan.

Pasukan itu turut dianggotai pakar dalam bidang mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

"Daripada maklumat diperoleh sebelum ini daripada JMG, jenis tanah di lokasi ini adalah yang biasa dan sesuai untuk pembangunan.
 
"Bagaimanapun, pasukan khas ditubuhkan ini akan menyemak dan melihat perkara itu di kawasan ini," katanya.

Dr Maimunah berkata begitu pada sidang media ketika mengadakan lawatan ke lokasi kejadian tanah jerlus di Masjid India

Dalam pada itu, Maimuna ketika diminta mengulas  video tular di media sosial mendakwa Kuala Lumpur tidak selamat berkata, dakwaan itu mestilah disokong bukti dan kajian terperinci.

"Saya berpendapat Kuala Lumpur dah lama dibina dan selama ini ia selamat.

"Oleh itu kalau nak mengatakan tidak selamat mestilah ada menunjukkan bukti bukti dan kajian kajian yang terperinci," tambahnya.
 

Post a Comment

0 Comments