Setiausaha akhbar menteri calon wakili kerajaan di PRK Kuala Kubu Bharu

KERAJAAN PERPADUAN mengetengahkan calon muda yang mempunyai pengalaman politik luas bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.
 
Pang Sock Tao,31, yang merupakan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan diumumkan sebagai calon bagi pilihan raya itu yang bakal diadakan pada 11 Mei ini.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook ketika mengumumkan pencalonan itu berkata, golongan belia mampu membawa perubahan yang progresif bagi meraih kemenangan kepada Kerajaan Perpaduan.

Pencalonan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) yang juga mempunyai pengalaman sebagai penerbit UbahTV kendalian DAP itu dijangka mampu menarik lebih ramai pengundi muda di kawasan itu.

"Calon memainkan peranan penting, justeru dalam proses pemilihan ada beberapa pertimbangan dan faktor yang diambil kira, antaranya pengalaman, kelayakan akademik serta pengetahuan dalam bidang politik.

"Wakil rakyat mencerminkan imej parti dan Kerajaan Perpaduan. Justeru, kita mahukan seorang wakil rakyat yang boleh menjaga semua kaum, sama ada Melayu, Cina, India dan Orang Asli," kata Menteri Pengangkutan itu.


Post a Comment

0 Comments