PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menyerahkan sumbangan kepada keluarga adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji.
Anwar menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi kepada bapa kanak-kanak berkenaan iaitu Mohammad Raji Musa di kediaman mereka di Sungai Buloh, Selangor.
Sumbangan itu bagi meringankan dan menampung kos perubatan Tasnim Al-Ulya yang telah diklasifikasikan sebagai hilang upaya kekal.
"Bagi meringankan beban yang dihadapi, saya telah menyerahkan sumbangan untuk menampung kos perubatan kepada bapa Tasnim iaitu saudara Raji," katanya.
Anwar melalui hantaran itu turut mendoakan semoga urusan adik Tasnim dan keluarganya dipermudah.
0 Comments