Tindakan apa PN nak buat, soal Menteri Hal Ehwal Agama

PRESIDEN Parti Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang diminta menjelaskan apakah tindakan akan diambil Perikatan Nasional (PN) susulan dakwaanya ada kelompok yang mahu mencabar undang-undang syariah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Abdul Hadi mempunyai pandangannya sendiri berkait undang-undang syariah dalam negara dan beliau menghormati pandangan itu.

Walau bagaimanapun tegas Mohd Na'im menegaskan bersedia menjawab isu yang dibangkitkan Abdul Hadi itu.
 
“Mengenai ini (dakwaan ada kelompok mahu mencabar undang-undang syariah) saya rasa saya akan jawab bila sampai (masanya).

“Hadi ada pandangan dia tersendiri. Kalau dia nak ambil (tindakan) itu…kita pun nak tahu tindakan apa nak diambil (oleh PN),” katanya.

Mohd Na'im berkata begitu kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutupan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-40.

Pada program ini, beliau turut melancarkan aplikasi e-Bimbingan Haji yang boleh dimuat turun menerusi telefon pintar untuk bakal jemaah menambahkan pengetahuan ibadah itu.

Abdul Hadi pada Selasa mendakwa ada kelompok mencabar perundangan mahkamah syariah dan perkara itu tidak boleh dibiarkan.
 
Timbalan Pengerusi PN itu bagaimanapun tidak memperincikan atau menamakan mana-mana pihak yang menurutnya dengan jelas melanggar aspek 3R iaitu isu berkaitan agama, bangsa dan raja itu.

Hadi ketika melontar dakwaan itu turut memberi amaran kepada kerajaan supaya tegas membela undang-undang syariah atau PN akan “bertindak” terhadap perkara tersebut.

Abdul Hadi walau bagaimanapunmenguraikan lebih lanjut bentuk tindakan bakal diambil blok itu.

Post a Comment

0 Comments