MALAYSIA mengajak
pemimpin-pemimpin negara Islam memberi tekanan kepada Israel agar segera
menghentikan tindakan zalim terhadap penduduk Palestin.
Gesaan
itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat
pada Jumaat sambil menegaskan Malaysia akan terus menggunakan semua
platform termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menekan Israel.
"Saya telah menghubungi beberapa pemimpin Islam untuk
menyatakan kita sedia menyokong sama ada menerusi OIC atau juga rencana
lain bagi memberi tekanan supaya tekad kegilaan dan kezaliman ini
dihentikan.
"Dengan ini, saya memutuskan tambahan permulaan dana
daripada kerajaan sebanyak RM10 juta dan saya mahu pastikan syarikat
berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat swasta untuk cuba
mengumpulkan bersama rakyat dengan dana awal sekurang-kurangnya RM100
juta," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani
semalam.
Beliau sementara itu menzahirkan penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada sidang dewan yang menzahirkan rasa mual ke atas
tindakan Israel ke atas Gaza.
Anwar pada Selasa ketika
mengadakan pertemuan dengan badan bukan kerajaan (NGO) dpada Selasa
menegaskan bahawa rakyat Malaysia akan terus dan tetap menyokong
perjuangan rakyat Palestin.
Beliau turut memaklumkan telah
berbincang dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berhubung
perkembangan semasa konflik antara Palestin dan Israel yang semakin
memuncak ketika ini.
Kementerian Kesihatan Palestin setakat Khamis mengumumkan, sebanyak 1,537 rakyat Palestin terkorban di Gaza akibat peperangan.
0 Comments