Skandal cetak buku dikaitkan bekas menteri dimulakan sebulan lalu

 

KETUA  Pesuruhjaya Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menafikan siasatan projek perĀ­cetakan buku bernilai RM80 juta yang dikaitkan dengan bekas menteri pendidikan, Radzi Jidin dibuat atas arahan pihak tertentu.

Azam ketika mengulas dakwaan Timbalan Ketua Biro Undang-Undang Bersatu, Sasha Lyna Abdul Latif yang menuduh perdana menteri menyalah guna agensi penguatkuasaan untuk ā€œmenggangguā€ musuh politiknya menegaskan suruhanjaya itu adalah berkeĀ­cuali dan akan terus melakukan siasatan tanpa tekanan daripada sebarang pihak.

Malah beliau menjelaskan, siasat terhadap skandal itu telah telah bermula kira-kira sebulan lalu, iaitu pada Ogos.

ā€œKita telah mulakan siasatan membabitkan kes ini kira-kira sebulan sebelum ini.

ā€œLaporan yang dibuat oleh sekumpulan individu baru-baru ini hanya maklumat tambahan yang boleh diambil kira SPRM,ā€ katanya merujuk tindakan Umno Wilayah Persekutuan yang membuat laporan kepada SPRM mengenai projek percetakan buku itu pada Khamis minggu lalu

Radzi dalam satu kenyataan pada 25 September lalu, mengakui bekas setiausaha politiknya ditahan SPRM berhubung dakwaan rasuah melibatkan RM80 juta berkaitan pencetakan buku J-Qaf untuk prasekolah.

Dia bagaimanapun menafikan terbabit dalam projek rundingan terus percetakan buku bernilai RM80 juta semasa memegang jawatan selaku menteri.
 
Setakat ini, lima saksi teĀ­lah diambil keterangan oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung projek percetakan buku itu.

Ditanya bila Radzi akan dipanggil bagi membantu siasatan, ketua pesuruhjaya SPRM itu berkata, ia terpulang kepada pasukan penyiasat.

ā€œBila akan panggil belum tahu lagi kerana saya serahkan kepada pegawai penyiaĀ­sat dan terpulang kepada mereka tentukan bila akan dipanggil jika ada keperluan,ā€ katanya dipetik.