Tiada sebab kenapa perlu tukar kerajaan di Pulau Pinang

 


TIADA sebab untuk penduduk Pulau Pinang menukar kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) pada 12 Ogos nanti, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Pulau Pinang di bawah pentadbiran Ketua Menteri Chow Kon Yeow telah merekodkan kemajuan pesat, sekali gus berupaya menjalinkan kerjasama baik dengan Kerajaan Pusat.

“Kalau Kon Yeow bekerja dengan baik, tidak ada cerita sakau, tidak ada cerita zalim dan menindas jadi bagilah sokongan kepada beliau.

Perikatan Nasional tiada rekod cemerlang mentadbir
“Bukan saja itu, pelaburan yang tinggi serta industrinya (kilang) juga memberi peluang pekerjaan kepada ramai orang termasuk penduduk Kedah yang mai sini (Pulau Pinang) untuk bekerja kerana sini lebih maju,” katanya pada satu program di Bertam, Pulau Pinang semalam.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sendiri.

Post a Comment

0 Comments