PARTI KEADILAN akan menumpu perhatian kepada Kedah dalam pilihan raya enam negeri yang bakal diadakan.
Pengarah Komunikasi parti itu Lee Chean Chung berkata, Kedah merupakan negeri yang selalu mengalami pertukaran kerajaan dan KEADILAN justeru dilihat masih mempunyai harapan untuk menawan negeri itu.
“Selepas ini, pemimpin KEADILAN akan pergi ke Kedah untuk berkempen di situ.
“Kami akan berusaha di barisan hadapan dan melakukan pelbagai program dengan harapan akan dapat menembus Kedah,” katanya seperti dipetik Sinchew Daily.
Dalam pada itu, merujuk sasaran di Kelantan dan Terengganu beliau mengakui adalah sukar untuk parti itu meluaskan kemenangan di negeri Pantai Timur itu.
Namun jelasnya KEADILAN yang bertanding di kerusi Bandar di Terengganu dan Kota Lama di Kelantan berharp kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) akan mampu “memecah telur.” di kedua-dua negeri itu.
“Kami tidak mempunyai kelebihan dalam perang tiga segi di Kelantan dan Terengganu sebelum ini, tetapi keadaan sudah berubah dengan kerjasama PH dan BN
“Misi kita di dua negeri ini adalah mahu memecah telur dengan menyediakan satu pilihan kepada pengundi di situ,” katanya.
![]() |
KEADILAN sasar Kedah pada PRN ini |
Ia susulan kajian dilakukan mendapati sokongan pengundi negeri itu terhadap Kerajaan Negeri diketuai Pas merudum ke paras 50 peratus.
0 Comments