KEWUJUDAN parti baharu yang ditubuhkan oleh masyarakat Orang Asli baru-baru ini disifatkan sebagai satu tindakan yang tidak sihat.
Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor berkata, penubuhan parti yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) itu dikhuatiri akan memecah belahkan masyarakat tersebut.
"RoS telah sahkan mengenai penubuhan parti itu dan bagi saya ini satu perkara yang tidak sihat kerana ia akan memecah belahkan masyarakat Orang Asli.
"Masyarakat Orang Asli ini hanya ada 213,000 di seluruh negara dan mereka ada di merata tempat.
"Oleh itu kuasa politik Orang Asli ini akan jadi semakin mengecil kerana kita tahu politik menentukan dasar dan kalau dilihat perbandingan parti baharu ini apa matlamatnya?," katanya.
Ramli sebelumnya ditemui pemberita selepas selesai Majlis Ramah Mesra dengan kepimpinan Masyarakat Orang Asli Negeri Sembilan di sini pada Selasa yang turut dihadiri Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias.
![]() |
Ramli bimbang Masyarakat Orang Asli berpecah |
"Kuasa Orang Asli ini terlampau kecil dan mesti bersama dengan parti yang lebih besar untuk tentukan kuasa politik," tambahnya.
0 Comments