SEMUA ahli politik sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang diingatkan agar mengelak daripada mengeluarkan kenyataan menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum) agar tidak disalah ertikan.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pada saat genting menuju Pilihan Raya Negeri (PRN), kenyataan tidak berhati-hati boleh menjadi isu politik yang serius.
"Kita tak ada (lakukan perkara sedemikian) dan elak daripada itu. Malah, kita melarang dan minta rakyat menolak 3R.
"(Nasihat saya) Jangan jadi pelampau agama, kaum dan kita pastikan semua pimpinan PH (Pakatan Harapan) dan BN (Barisan Nasional) berada pada parameter yang betul.
"Kita berada di landasan yang betul ketika berkempen. Sekarang ini, kena yakinkan rakyat untuk bersama dalam memajukan Malaysia Madani, elak sebarang apa yang dikatakan permainan politik melampau," katanya.
Salahuddin ditemui pemberita selepas mengadakan tinjuan harga barangan di Econsave Setapak Sentral, di Kuala Lumpur pada Selasa.
Beliau sebelumnya diminta mengulas siasatan polis terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa membuat kenyataan menyentuh isu 3R.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Ahad, mengesahkan menerima beberapa laporan polis berhubung kenyataan Guan Eng yang dipercayai menyentuh isu 3R di Tokong Batu, Jelutong, Pulau Pinang pada Jumaat lalu.
Guan Eng, yang merupakan Ahli Parlimen Bagan disiasat susula kenyataan mendakwa gelombang hijau bakal menafikan hak agama di Pulau Pinang yang kemudian didakwa disalah ertikan.
Manakala Abdul Hadi Awang disiasat susulan kenyataan yang dibuatnya berhubung dakwaan DAP mahu mengekalkan pengertian Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran penjajah.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pada saat genting menuju Pilihan Raya Negeri (PRN), kenyataan tidak berhati-hati boleh menjadi isu politik yang serius.
"Kita tak ada (lakukan perkara sedemikian) dan elak daripada itu. Malah, kita melarang dan minta rakyat menolak 3R.
"(Nasihat saya) Jangan jadi pelampau agama, kaum dan kita pastikan semua pimpinan PH (Pakatan Harapan) dan BN (Barisan Nasional) berada pada parameter yang betul.
"Kita berada di landasan yang betul ketika berkempen. Sekarang ini, kena yakinkan rakyat untuk bersama dalam memajukan Malaysia Madani, elak sebarang apa yang dikatakan permainan politik melampau," katanya.
Salahuddin ditemui pemberita selepas mengadakan tinjuan harga barangan di Econsave Setapak Sentral, di Kuala Lumpur pada Selasa.
Beliau sebelumnya diminta mengulas siasatan polis terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa membuat kenyataan menyentuh isu 3R.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Ahad, mengesahkan menerima beberapa laporan polis berhubung kenyataan Guan Eng yang dipercayai menyentuh isu 3R di Tokong Batu, Jelutong, Pulau Pinang pada Jumaat lalu.
![]() | |
Pemimpin semua parti digesa jaga pertuturan |

0 Comments