PERMOHONAN Pas untuk membatalkan saman fitnah oleh Datuk Seri Mujahid Yusof terhadap parti itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi.
Peguam Noorazmir Zakaria mewakili Mujahid berkata, Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh yang membuat keputusan itu pada Rabu memerintahkan parti berkenaan membayar kos RM3,000 kepada Mujahid.
"Mahkamah menetapkan perbicaraan kes saman itu pada 24 hingga 26 November 2025,” katanya pada Khamis.
Pas sebelum ini menuduh Mujahid yang merupakan Naib Presiden Amanah berkenaan menyokong budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
![]() |
Mujahid difitnah sokong LGBT |
Sehubungan itu, beliau memohon suatu perintah supaya Pas menarik balik serta memadam kenyataan fitnah dan gambar plaintif itu dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman selain memohon ganti rugi am, teladan dan teruk.