NAIB PENGERUSI DAP Teresa Kok memberi nasihat kepada seorang wakil rakkyat Pas agar lebih berhati-hati memuat naik sebarang maklumat di media sosial.
Mengulas tindakan Adun Kubu Gajah, Khalil Yahaya memuat naik sebaran poster yang mendakwa beliau dilantik menjadi pengerusi Felda yang baharu, Teresa mengingatkan bahawa tindakan membuat dan menyebarkan fitnah adalah ditegah oleh agama.
“Jangan jadi penyebar berita palsu. Ini adalah kesalahan di bawah undang-undang, dan juga dosa dari segi agama,” katanya di Facebooknya.
Terdahulu Jawatan Pengerusi Felda kosong selepas penyandangnya, Tan Sri Idris Jusoh mengesahkan pengunduran beliau daripada jawatan berkenaan berkuat kuasa 30 Jun ini.
Susulan itu naratif jahat disebarkan melalui poster ucapan tahniah di media sosial dengan mendakwa Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh telah dilantik sebagai pengerusi yang baharu.
Felda kemudian menafikan terdapat sebarang pelantikan baharu bagi jawatan pengerusi dan menegaskan poster tersebut adalah palsu.
Susulan itu Khalil membuat permohonan terbuka di Facebook miliknya berhubung sebaran poster melibatkan Teresa.
“Permohonan maaf secara terbuka…posting (hantaran) tadi bukanlah dari pihak Adun tetapi ‘admin’ yang mengelola ‘page’ (halaman),” katanya.
Mengulas tindakan Adun Kubu Gajah, Khalil Yahaya memuat naik sebaran poster yang mendakwa beliau dilantik menjadi pengerusi Felda yang baharu, Teresa mengingatkan bahawa tindakan membuat dan menyebarkan fitnah adalah ditegah oleh agama.
“Jangan jadi penyebar berita palsu. Ini adalah kesalahan di bawah undang-undang, dan juga dosa dari segi agama,” katanya di Facebooknya.
Terdahulu Jawatan Pengerusi Felda kosong selepas penyandangnya, Tan Sri Idris Jusoh mengesahkan pengunduran beliau daripada jawatan berkenaan berkuat kuasa 30 Jun ini.
Susulan itu naratif jahat disebarkan melalui poster ucapan tahniah di media sosial dengan mendakwa Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh telah dilantik sebagai pengerusi yang baharu.
![]() | |
Apa niat poster palsu disebarkan? |

0 Comments