DAKWAAN blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin kononnya kerajaan Malaysia tidak membenarkannya pulang ke tanah air disangkal Menteri Dalam Negeri (KDN).
Datuk Seri Safuddin Nasution Ismail menegaskan Malaysia sentiasa mengalu-alukan kepulangan Raja Petra ke tanah air pada bila-bila masa menerusi saluran dan prosedur yang betul tanpa perlu berasa teraniaya.
Raja Petra tegasnya perlu menghantar permohonan dan membawa dokumen perjalanan yang sah supaya dapat kembali ke Malaysia.
Malah tambahnya Raja Petra boleh menghubunginya secara terus jika tidak mempunyai dokumen perjalanan yang diperlukan.
“Kalau dia rindu sangat nak balik ke tanah air, dia cuma perlu buat benda yang betul.
“Jalur undang-undangnya adalah dia kena berurusan dengan siapa? Bukan dengan menteri belia dan sukan, bukan menteri pertanian. Dia kena berurusan dengan KDN.
"Jadi soalannya sudahkah dia berbuat demikian? Kalau sudah, bila surat dihantar, emel kepada siapa? Siapa dalam Bukit Aman yang dia hubungi? soal Saifuddin sambil meminta Raja Petera berhenti ‘play victim’ dalam isu tersebut.
Difahamkan Raja Petra telah melarikan diri dari Malaysia untuk mengelak tindakan mahkamah.
![]() |
Raja Petra mesti ikut saluran betul jika mahu pulang |
Malah dia mendakwa pernah bertemu Zahid Hamidi berhubung perkara itu selain dua orang ahli Kabinet dan beberapa pegawai dari Bukit Aman untuk membantu dalam proses tersebut.
0 Comments