KHAIRY JAMALUDDIN (KJ) menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana
Menteri yang sangat menyedari dan mengambil berat isu struktur sedang
membelenggu ekonomi negara, malah kini berusaha sebaik mungkin
menanganinya.
Khairy berkata, beliau memberi penghargaan kepada Anwar yang juga selaku Menteri Kewangan kerana banyak mendengar serta betul-betul menghayati idea dan pandangan daripada pelbagai pihak.
Perkara itu dilihat ketika beliau mengadakan mesyuarat bersama Perdana Menteri untuk berbincang mengenai perancangan terbaik, demi mewujudkan hala tuju ekonomi lebih kukuh, baru-baru ini.
"Kami senaraikan banyak isu dan cadangan untuk dimasukkan ke dalam naratif ekonomi Madani.
"Saya sebenarnya kagum dengan kesediaan Perdana Menteri (Anwar) untuk mendengar pandangan daripada pelbagai pihak,” katanya pada program podcast bertajuk Keluar Sekejap.
Menurut beliau, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga terlalu memberikan fokus kepada isu tatakelola dan tidak bersikap defensif dalam memberikan kenyataan jujur.
"Beliau (Anwar) menjelaskan bahawa beliau mahu bersikap jujur kepada rakyat, kalau beliau tak sentuh soal tatakelola dan kelemahan tatakelola yang berlangsung selama ini, rakyat tidak akan memahami bagaimana kita sekarang berada dalam keadaan ekonomi pada hari ini dengan hutang besar serta sebagainya.
"Bagi Anwar masalah kita adalah kelemahan dari segi tatakelola sehingga menyebabkan masalah ekonomi yang berlaku hari ini, justeru ia perlu diatasi melalui usaha untuk meningkatkan tatakelola sedia ada," katanya.
Mengulas mengenai pertemuannya bersama Anwar berhubung perbincangan hala tuju ekonomi Malaysia itu, Khairy berkata, kehadiranya adalah bagi memenuhi jemputan Perdana Menteri untuk mendapatkan input, idea serta pandangan berhubung bidang berkenaan, bertujuan mewujudkan naratif ekonomi negara mantap.
"Ada tanya kenapa saya hadir kerana saya bukannya Menteri Kewangan atau Menteri Ekonomi sebelum ini, tapi ramai lagi yang tak tahu latar belakang saya dalam bidang ekonomi.
"Saya pernah bekerja di dalam
institusi kewangan dan memang minat saya dalam ekonomi, walaupun
sebelum ini saya Menteri Kesihatan, (malah) dalam perbincangan Jemaah
Menteri sebelum ini pun, banyak perbincangan dan kertas Kabinet
berkenaan dengan ekonomi saya mesti memberi pandangan saya," ujarnya.
Justeru, Khairy berkata, beliau tidak kisah hadir memberikan pandangan kerana ia bukan soal politik, tetapi lebih kepada idea ekonomi dan 'servis nasional'.
Khairy berkata, beliau memberi penghargaan kepada Anwar yang juga selaku Menteri Kewangan kerana banyak mendengar serta betul-betul menghayati idea dan pandangan daripada pelbagai pihak.
Perkara itu dilihat ketika beliau mengadakan mesyuarat bersama Perdana Menteri untuk berbincang mengenai perancangan terbaik, demi mewujudkan hala tuju ekonomi lebih kukuh, baru-baru ini.
"Kami senaraikan banyak isu dan cadangan untuk dimasukkan ke dalam naratif ekonomi Madani.
"Saya sebenarnya kagum dengan kesediaan Perdana Menteri (Anwar) untuk mendengar pandangan daripada pelbagai pihak,” katanya pada program podcast bertajuk Keluar Sekejap.
Menurut beliau, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga terlalu memberikan fokus kepada isu tatakelola dan tidak bersikap defensif dalam memberikan kenyataan jujur.
"Beliau (Anwar) menjelaskan bahawa beliau mahu bersikap jujur kepada rakyat, kalau beliau tak sentuh soal tatakelola dan kelemahan tatakelola yang berlangsung selama ini, rakyat tidak akan memahami bagaimana kita sekarang berada dalam keadaan ekonomi pada hari ini dengan hutang besar serta sebagainya.
"Bagi Anwar masalah kita adalah kelemahan dari segi tatakelola sehingga menyebabkan masalah ekonomi yang berlaku hari ini, justeru ia perlu diatasi melalui usaha untuk meningkatkan tatakelola sedia ada," katanya.
Mengulas mengenai pertemuannya bersama Anwar berhubung perbincangan hala tuju ekonomi Malaysia itu, Khairy berkata, kehadiranya adalah bagi memenuhi jemputan Perdana Menteri untuk mendapatkan input, idea serta pandangan berhubung bidang berkenaan, bertujuan mewujudkan naratif ekonomi negara mantap.
"Ada tanya kenapa saya hadir kerana saya bukannya Menteri Kewangan atau Menteri Ekonomi sebelum ini, tapi ramai lagi yang tak tahu latar belakang saya dalam bidang ekonomi.
![]() | |
Pertemuan dengan PM berkisar tentang idea |

0 Comments