Tajaan KPA bidang perubatan, pergigian dan farmasi diteruskan - PM


PROGRAM
biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pelajar dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi akan diteruskan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu tersebut telah dibincangkan pada perjumpaan khas bersama JPA baru-baru ini dan beliau dimaklumkan bahawa keputusan untuk menghentikan biasiswa itu ialah “dasar lama”.

“Saya telah minta untuk dikaji semula berdasarkan unjuran kita, dan keperluan sektor perubatan, pergigian dan farmasi.

“Jadi maknanya program biasiswa JPA untuk sektor ini akan diteruskan,” katanya menjawab pertanyaan dalam Program Temu Anwar di Dewan Tuanku Syed Putra Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada Ahad.

Media sebelum ini melaporkan, tajaan JPA dalam tiga bidang pengajian itu dihentikan berikutan bekalan pegawai perubatan akan mengalami kebanjiran mulai tahun 2026 hingga 2030.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, Laporan Petunjuk Kesihatan 2022 melaporkan bahawa pencapaian nisbah jumlah keperluan tenaga kerja perubatan seluruh negara kepada jumlah populasi penduduk sehingga Disember 2021 adalah 1:420 dan dijangkakan nisbah 1:400 akan dapat dicapai pada 2025.

Anwar berkata begitu bagi menjawab soalan pelajar
Bagaimanapun semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa selepas merasmikan Majlis Kajian Global Adults Tobacco Survey (GATS) di Port Dickson memaklumkan kajian itu perlu diteliti semula memandangkan mungkin ada perkara baharu yang perlu diteliti semula pada kajian tersebut dan mungkin pada polisi baharu.

Dr Zaliha juga menjelaskan kementerian bimbang jika program biasiswa itu dihentikan akan menyebabkan pelajar tidak berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang berkenaan.

Post a Comment

0 Comments