SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti dakwaan isu Telekom Malaysia Berhad (Telekom) mengeluarkan surat untuk meminta kebenaran mengadakan rundingan terus dengan Opcom Sdn Bhd (Opcom) bagi pembekalan kabel fiber optik bernilai RM214.2 juta.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dipetik laporan media berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan sekiranya ada aduan dan mempunyai asas di bawah kesalahan rasuah.
"Sekiranya terdapat maklumat dan aduan yang mempunyai
asas di bawah kesalahan rasuah, maka SPRM mempunyai asas untuk jalankan
siasatan," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kali Ketiga
Pemerhati Rasuah Malaysia di Universiti Putra Malaysia, di sini, pada
Sabtu.
Media pada Khamis melaporkan Perdana
Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Telekom mengeluarkan surat
untuk meminta kebenaran mengadakan rundingan terus dengan Opcom bagi
pembekalan kabel fiber optik bernilai RM214.2 juta.
Surat
berkenaan dikeluarkan kepada Kementerian Kewangan pada 15 September
2003, yang mana Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu adalah
Tun Dr. Mahathir Mohamad, manakala anak ketiganya, Datuk Seri Mukhriz
adalah Pengarah Opcom.
Menerusi pembelaan
terhadap saman difailkan Mahathir, Perdana Menteri berkata, Telekom
adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mana Menteri Kewangan
Diperbadankan (MKD) memegang satu saham khas yang memberikan MKD kuasa
untuk menolak keputusan lembaga dan pemegang saham lain.
![]() |
Pendedahan dibuat melalui dokumen mahkamah |
Beliau berkata, MKD pada masa itu berada di bawah kawalan dan arahan Mahathir yang juga Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Katanya, Kementerian Kewangan pada 7 Oktober 2003 mengeluarkan surat untuk meluluskan permohonan Telekom untuk rundingan terus berkenaan.
0 Comments