PERTEMUAN antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dijangka bakal diadakan hari ini.
Bercakap pada Program Temu Anwar di Dewan Censelor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu pada Rabu, beliau berkata pertemuan itu bagi merundingkan isu masalah air dihadapi kedua-dua negeri itu.
Tambah Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu, Kerajaan Persekutuan yang kini dipimpinnya sentiasa komited untuk membantu dua negeri itu dalam menyelesaikan isu yang berlarutan dan memberi kesan kepada rakyat.
"Kalau kita akui begitu (masalah air), dalam perundingan saya dengan kerajaan Negeri Sabah, maka ada hal-hal kerajaan negeri dan Persekutuan cuba menyelesaikan sebaik mungkin.
"Ada rencana dibuat kerajaan negeri tapi oleh kerana projek itu terlalu besar dan skala yang agak besar. Maka esok pagi, saya telah mengundang Ketua Menteri dan pimpinan Sabah, Menteri Besar dan pimpinan Kelantan untuk berunding dan menyelesaikan masalah air di Sabah dan Kelantan," jelasnya.
Program Temu Anwar yang berlangsung selama sejam itu dihadiri kira-kira 5,000 orang termasuk pelajar pelbagai universiti dan orang ramai.
Pada program sama, Anwar turut mengumumkan kelulusan peruntukan RM3 juta bagi menyelesaikan masalah bekalan air di UMS termasuk bagi pelaksanaan projek penggerudian air bawah tanah dan membuka pusat rawatan air di universiti berkenaan.
Peruntukan itu diberikan kerana beliau tidak mahu isu air mengganggu pembelajaran mahasiswa seterusnya adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan untuk menangani permasalahan berkenaan.
"Saya ambil alih jawatan Perdana Menteri dalam keadaan hutang negara RM1.5 trilion,
"Bila bercakap kesedaran, kalau anak-anak saya, anak-anak saudara nak mandi pun susah air tak cukup...ini keadaan sukar. Saya tidak mahu anak-anak (mahasiswa bermasalah)," jelasnya.

![]() | |
PM umum RM3 Juta selesai isu air di UMS |

0 Comments