SETIAUSAHA Kerajaan Sabah Safar Untong pada Ahad tampil menjelaskan isu berhubung gambar tular memaparkan plat kenderaan isteri perdana menteri.
Beliau yang dipetik laporan Sinar menegaskan, nombor plat berkenaan bukan atas permintaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebaliknya menjadi amalan kerajaan negeri menyediakan kenderaan itu kepada tetamu kenamaan (VIP) semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi ke Sabah.
Katanya, kemudahan kenderaan disediakan termasuk meletak plat kenderaan atas nama gelaran jawatan tetamu dan isteri yang menggunakan kenderaan itu.
“Saya mengambil perhatian hari ini gambar plat kenderaan isteri perdana menteri yang diambil di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu tular di media sosial.
“Menjadi amalan kerajaan negeri bertanggungjawab menyediakan
kemudahan kenderaan bagi perdana menteri dan isteri, timbalan-timbalan
perdana menteri dan isteri serta tetamu VIP ke Sabah semasa lawatan
kerja dan lawatan rasmi,” katanya.
![]() |
Dr Wan Azizah tak pernah mohon plat berkenaan |
Isu tersebut telah dijadikan modal politik penyokong pembangkang bagi memburuk-burukkan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu.
0 Comments