GERAKAN NGO pro pembebasan Palestin Boycott Divesment Sanctions (BDS) Malaysia, menggesa parti politik tidak menyamakan keadaan di Pulau Pinang dengan di Palestin.
Gerakan itu dalam satu kenyataan berkata, naratif politik yang cuba dimainkan itu bukan hanya pemesongan fakta, tetapi satu langkah bahaya.
“Kenyataan tersebut bukan sahaja salah dari segi fakta sejarah, bahkan sangat berbahaya kerana ia meremehkan kezaliman yang telah berlaku kepada penduduk Palestin selama lebih dari tujuh dekad dan masih berterusan sehingga ke hari ini,” kata mereka.
Kenyataan itu menyusul selepas Pas memainkan isu agama dan kaum, kali ini dengan menyamakan isu pemilikan tanah di Pulau Pinang dengan keadaan di Palestin serta Israel.
Parti itu melalui artikel di media sosial menyorot bagaimana Israel menguasai tanah Palestin dari 1.5 peratus pada 1918 sehinggalah rakyat Palestin menjadi pelarian di negara sendiri.
Pas membuat tuduhan kononnya berlaku “rampasan secara sistematik” dalam mengambil alih pemilikan dan menguasai kawasan yang asalnya majoriti Melayu-Islam.
Sedangkan satu kajian oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS), Prof Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad Farok sebelum ini secara jelas menyatakan pengurangan pemilikan tanah tersebut disebabkan orang Melayu sendiri menjualnya kepada bangsa lain.
BDS dalam kenyataannya turut menekankan bahawa apa yang terjadi di Palestin adalah berbentuk `settler-colonialism’ di mana kumpulan luar yang datang dari Eropah untuk menjajah bumi Palestin dan pada masa yang sama membunuh rakyat Palestin termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua, selain menghancurkan rumah dan kampung halaman mereka, merampas tanah mereka serta menghalau mereka keluar untuk menjadi pelarian serta tidak dibenarkan pulang sehingga hari ini.
![]() |
Jangan melampau dalam berpolitik |
“Sebarang usaha untuk menyamakan kesengsaraan warga Palestin dengan keadaan orang Melayu di Malaysia untuk tujuan politik adalah amat dikesali dan perlu dihentikaan,” katanya.
0 Comments