Didi & Friend rangkul anugerah di Asia Television Awards

 
SIARAN
siri kanak-kanak popular iaitu Didi & Friends terbitan Digital Durian diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Terbaharu rancangan tersebut berjaya memenagi anugerah 'Program Prasekolah Terbaik'  di Asian Television Awards ke-24 yang berlangsung di Manila.

Program muzikal berbentuk 'Edutainment' tersebut berjaya mengalahkan pencalonan lain dari negara China (‘Fashion Kids’ dan ‘Flying Fairground’),  dan Jepun (‘Shimajirō no Wow!’) .

Satu lagi siri animasi Islamik popular terbitan Digital Durian, Omar & Hana juga turut tercalon dalam kategori sama.

Sementara itu, Naib Presiden GenNext & Perniagaan Antarabangsa Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, Astro sentiasa komited dalam menyajikan pelbagai kandungan menarik yang bersifat santai, berinformasi dan kreatif  untuk penonton generasi muda.

Pada masa sama, beliau turut mengharapkan kemenangan siri animasi ini dapat memberi inspirasi kepada pemain industri.

"Kami berharap, dengan kemenangan ini, ia akan memberi inspirasi kepada pemain industri di luar sana untuk sama-sama berusaha menyediakan hasil kerja terbaik yang bukan sahaja berpotensi untuk merekodkan tanda aras baharu bagi segmen kandungan prasekolah, malahan membantu membentuk satu ekosistem selamat untuk tontonan kanak-kanak," katanya melalui satu kenyataan media.

Asian Television Awards ke 24 telah berlangsung di Manila, Filipina pada 10 Januari lalu.

Post a Comment

0 Comments