Kes saman fitnah terhadap Ketua Ulama Pas Pahang diteruskan


KES saman fitnah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof, terhadap bekas Ketua Ulama Pas Pahang, Mokhtar Senik akan diteruskan.

Peguam Farhan Haziq Mohamed yang mewakili Edry Faizal berkata, ia selepas kedua-dua pihak gagal menyelesaikannya secara baik menerusi proses mediasi di hadapan Mediator Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain, pada Jumaat.

"Perbicaraan kes telah ditetapkan selama dua hari bermula 4 Oktober depan di hadapan Hakim Mahkamah Tingi Datuk Zainal Azman Ab Aziz,” katanya dipetik laporan.

Pada proses mediasi di Mahkamah Tinggi Kuantan semalam, Mokhtar yang dinamakan sebagai defendan hadir bersama peguam Mohd Jamil Yaacob.

Mokhtar, 59, didakwa membuat fitnah terhadap Edry Daizal menerusi status yang dimuat naik di laman sosial Facebook pemimpin PAS itu, menggunakan akaun 'Mokhtar Dup' pada 28 Ogos 2019.

Status itu didakwa mengandungi poster yang menggunakan gambar Edry Faizal tanpa kebenaran dan mengandungi butiran, seolah-olah beliau mengeluarkan kenyataan mendakwa peristiwa 13 Mei 1969 sebagai kisah dongeng.

Edry Faizal mahu Mokhtar Senik minta maaf
Menurut Edry Faizal, tindakan defendan secara langsung atau secara alternatif bermaksud beliau antara lain tidak mengetahui sejarah negara, menyebarkan penipuan dan ingin menimbulkan perasaan tidak senang antara kaum di Malaysia.
 
Pada pernyataan tuntutannya, Edry Faizal memohon defendan menarik balik status itu dan membuat permohonan maaf serta membayar ganti rugi yang munasabah kepada dirinya, dan tidak mengulangi kenyataan seperti itu pada masa hadapan. 

Post a Comment

0 Comments