PULAU PINANG akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Jun ini bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) dijalankan.
Perkara itu dinyatakan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow selepas menghadiri Majlis Perasmian Wacana Ilmu Apresiasi Pendidikan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat daerah Timur Laut 2023, di Georgetown pada Khamis.
"Tarikh bubar DUN, kita bercadang pada 28 Jun, kita akan atur," katanya ringkas.
Beliau sementara itu berkata, segala urusan berkaitan pembubaran DUN akan diatur dengan sebaik mungkin.
Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Pada Rabu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan pembubaran DUN bagi negeri itu akan dilaksana pada 30 Jun ini.
![]() |
PRN semakin hampir |
DUN bagi negeri Selangor pula akan terbubar secara automatik pada 25 Jun ini sekiranya tiada pengumuman pembubaran dibuat.
0 Comments