DATUK SERI ANWAR IBRAHIM mendakwa tindakan saman Tun Dr. Mahathir terhadap beliau bertujuan melemahkan kredibilitinya dan Kerajaan Persekutuan yang dipimpinnya.
Perdana Menteri ke-10 itu melalui dokumen pembelaan terhadap saman difailkan bekas Presiden Bersatu itu juga mendakwa, saman itu turut bertujuan mewujudkan perpecahan kaum yang akan memberi kesan kepada perjalanan pilihan raya yang bakal diadakan di enam negeri.
Alasan itu jelasnya terbukti melalui Sijil Perakuan Segera bertarikh 3 Mei lalu yang menyatakan bahawa tindakan saman itu mesti dilupuskan secepat mungkin kerana Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah bakal mengadakan pilihan raya negeri (PRN).
Dipetik laporan Kosmo, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tabun turut berkata, Dr. Mahathir yang memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun dan 22 bulan mempunyai peluang mencipta dan melaksanakan dasar-dasar menaikkan masyarakat Melayu.
Sebaliknya, bekas Perdana Menteri jelasnya bertindak membangkitkan isu-isu tersebut untuk melemahkan beliau dan kekal relevan dari segi politik apabila tidak lagi berkuasa.
![]() |
Anwar mohon tuntutan Mahathir ditolak |
Sehubungan itu, dalam pembelaanya Anwar memohon tuntutan saman itu ditolak dengan kos.
0 Comments