AIC anjur program 'Temu Anwar' Kelantan Ahad ini

 


ANAK MUDA
sekitar Kelantan dijemput untuk hadir ke sesi Temu Anwar yang akan berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada Ahad.

Anwar Ibrahim Club (AIC) menerusi catatan di Facebook berkata, orang ramai boleh membuat pendaftaran untuk menghadiri sesi itu menerusi laman web www.temuanwar.com.

Menurut AIC, program berkenaan merupakan wadah wacana dialog bersiri anak muda yang dijalankan secara santai bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pada kali ini, Temu Anwar akan ke negeri Cik Siti Wan Kembang Kelantan Darul Naim dan UMK akan menjadi tuan rumah.

"Temu Anwar ini diadakan khusus bagi memberi peluang kepada sesiapa sahaja terutama anak muda bertanyakan soalan secara terus kepada Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung," kata AIC.

Anak muda berpeluang temu dan tanya soalan
Berdasarkan poster dalam hantaran itu, sesi berkenaan dijadualkan berlangsung pada 1.30 petang di Dewan Tuanku Canselor UMK, Bachok, Kelantan.

Program berkenaan yang bermula sejak 2009 terus mendapat sambutan sehingga kini, pada sesi di Sabah dan Pulau Pinang sebelum ini, ia dihadiri ribuan anak muda.

-AA