Amirudin tadbir Selangor lebih baik berbanding Azmin Ali


PENTADBIRAN
negeri Selangor dibawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari jauh lebih baik dari era Mohammad Azmin Ali.

Timbalan Pengarah Komunikasi KEADILAN, Danish Hairudin berkata pentadbiran Amirudin telah menyediakan lebih banyak skim bantuan kepada rakyat, berbanding ketika Azmin menjadi Menteri Besar negeri itu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu tegasnya perlu sedar kepada perkara itu dan berhenti mencipta retorik yang mewujudkan mewujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan Selangor dan parti komponen Kerajaan Perpaduan.

"Beliau  angkuh menyerang Amirudin, menyatakan beliaulah yang meletakan pemimpin itu sebagai Menteri Besar Selangor. Sebenarnya, KEADILAN yang meletakan beliau di posisi tersebut atas semangat parti dan bukannya kerana Azmin Ali.

"Ketika Azmin memimpin Selangor, tidak banyak skim bantuan sosial dilakukan manakala rizab negeri pula berada dalam keadaan kurang baik.
 
"Amirudin merupakan Ketua Kerajaan Selangor yang jauh lebih kompeten mentadbir berbanding Azmin. Hari ini rakyat negeri itu di pelbagai peringkat umur berbangga dengan bantuan khusus oleh kerajaan negeri," kata Danish.

Danish sebelumnya mengulas ucapan Azmin pada Konvensyen Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Selangor baru-baru ini yang secara terang menyerang pimpinan Anwar kerana didakwa tidak memiliki hala tuju dalam memimpin Kerajaan Perpaduan.

Mengulas lanjut, Danish berkata, Amirudin juga terpaksa membersihkan segala kelemahan dilakukan Azmin bagi memastikan sosioekonomi di Selangor sentiasa berdaya tahan dan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik.

Disebabkan perkara itu, jelasnya, kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Amiruddin berjaya melaksanakan 44 program menerusi Iltizam Selangor Penyayang untuk golongan berpendapatan rendah (B40), dari mula dilahirkan hingga mencecah usia emas.

"Prestasi cemerlang Amirudin mengemudi Selangor sudah cukup untuk memberi gambaran jelas kepada rakyat Selangor untuk terus memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH),” tambahnya.

Sementara itu beliau menggesa Azmin bermuhasabah tidak lupa bahawa kekalahan teruknya di Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah bukti penolakan rakyat.

Azmin dicabar bertanding di DUN Bukit Antarabangsa
"Azmin perlu berhenti menjadi munafik dan sedar diri apabila beliau telah jelas ditolak oleh rakyat Selangor.

"Jika benar Azmin anak jantan, beliau perlu berani mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dan jangan lari atau bersandiwara,kononnya ingin berehat pada PRN Selangor kali ini," tambahnya.

Post a Comment

0 Comments