TINDAKAN PAS membangkitkan isu pembentangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 dibidas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata parti itu ketika berada dalam kerajaan
tidak menunjukkan kesungguhan untuk memajukan isu tersebut, sebaliknya
kembali membangkitkan semula perkara itu setelah kembali menjadi
pembangkang.
Tegas Anwar tindakan membangkitkan kembali perkara itu tidak lebih sebagai “politik murahan”.
"RUU355 ni dah tiga tahun. Semasa ada dalam kerajaan dia lupa, apabila dah jadi pembangkang dia bangkit (semula).
“Itu bukan Islam namanya, itu ‘politik murahan’,” katanya dipetik.
Pada
16 Feb lalu, Ahli Parlimen Pasir Mas daripada PAS, Ahmad Fadhli Shaari
menggesa kerajaan memaklumkan status terkini akta itu sambil
mempersoalkan bila akan dibentangkan di Dewan Rakyat.
Malah pada
sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, Ahli Parlimen Pendang dari PAS Awang
Hashim pula membangkitkan perkara sama melalui pertanyaan lisan di dalam
dewan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal ehwal agama)
Mohd Na'im Mokhtar dalam jawapan bertulis di Parlimen pada Jumaat
berkata RUU355 akan dibentangkan bersama Rang Undang-Undang Mahkamah
Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan).
Walau bagaimanapun
jelasnya, cadangan itu bertujuan untuk memperkasa mahkamah syariah akan
dibawa ke Jemaah Menteri untuk mendapatkan keputusan dasar.
Presiden
PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat
buat pertama kali pada 26 Mei 2016, tetapi menangguhkan perbahasan dan
membentangkan versi yang disemak semula pada November 2016.
![]() |
Isu RUU355 dibangkitkan kembali |
RUU yang dianggap 'sangat penting' bagi penyokong PAS itu sekali lagi ditangguhkan pada Januari 2021 dengan alasan mahu menyelesaikan hal lebih penting ketika ini iaitu darurat susulan pendemik Covid-19.
0 Comments