KERAJAAN PERPADUAN telah meluluskan RM71.4 bilion pelaburan dalam pelbagai sektor ekonomi pada suku pertama 2023, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, jumlah diluluskan itu adalah peningkatan 59.7% berbanding RM44.7 bilion untuk tempoh yang sama pada 2022.
"Pelaburan itu yang merangkumi 1,265 projek berpotensi menjana lebih 24,000 peluag pekerjaan untuk rakyat Malaysia," jelas dalam satu kenyataan media sebagai mengulas Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) yang dipengerusikannya Jumaat lalu.
Dalam kenyataan sama Anwar turut berkata, mesyuarat juga bersetuju untuk memperkasakan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sebagai agensi penggalakan pelaburan utama negara.
Ia bertujuan mengatasi isu pertindihan tanggungjawab antara agensi penggalakan pelaburan dan menambah baik ekosistem agensi penggalakan pelaburan untuk memastikan meningkat dan mengekalkan pelaburan langsung asing.
“Tadbir urus agensi ini merupakan faktor penting bagi pelabur membuat keputusan dan menilai Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan,” katanya.
Anggota tetap MPN terdiri daripada menteri kewangan; menteri pelaburan, perdagangan dan industri; menteri ekonomi; gabenor Bank Negara dan ketua setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan.
MPN akan bersidang sekurang-kurangnya empat kali setahun supaya setiap inisiatif dan program pelaburan dapat dipantau dan dinilai keberkesanannya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, jumlah diluluskan itu adalah peningkatan 59.7% berbanding RM44.7 bilion untuk tempoh yang sama pada 2022.
"Pelaburan itu yang merangkumi 1,265 projek berpotensi menjana lebih 24,000 peluag pekerjaan untuk rakyat Malaysia," jelas dalam satu kenyataan media sebagai mengulas Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) yang dipengerusikannya Jumaat lalu.
Dalam kenyataan sama Anwar turut berkata, mesyuarat juga bersetuju untuk memperkasakan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sebagai agensi penggalakan pelaburan utama negara.
Ia bertujuan mengatasi isu pertindihan tanggungjawab antara agensi penggalakan pelaburan dan menambah baik ekosistem agensi penggalakan pelaburan untuk memastikan meningkat dan mengekalkan pelaburan langsung asing.
“Tadbir urus agensi ini merupakan faktor penting bagi pelabur membuat keputusan dan menilai Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan,” katanya.
![]() | |
Jumlah pelaburan diluluskan meningkat |

0 Comments