Malaysia berhasrat terus kerjasama dengan AS dalam isu alam sekitar

 


PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan harapannya agar Malaysia dapat terus bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dalam isu iklim dan alam sekitar.

Harapan itu dinyatakan sendiri Anwar ketika menerima panggilan telefon daripada Perutusan Khas Presiden Amerika Syarikat mengenai Iklim, John Kerry.

Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi pada Sabtu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, antara isu dibincangkan dengan Kerry adalah melibatkan peralihan tenaga boleh diperbaharui, pengurangan pelepasan gas metana, pembiayaan iklim dan teknologi

"Saya berkongsi aspirasi Malaysia untuk mencapai pelepasan GHG (gas rumah hijau) bersih sifar seawal tahun 2050,'kata Anwar.

Malaysia sasar sifar pelepasan GHG pada 2050
Melalui hantaran itu juga Anwar menegaskan AS sebagai salah satu negara maju yang wajar menjadi peneraju dalam mengekang perubahan iklim dan kesan-kesannya ke atas alam sekitar serta kesihatan manusia.

"Ia boleh dilakukan dengan menyediakan bantuan kewangan, kapasiti dan sokongan teknologi yang mencukupi untuk membantu negara membangun melaksanakan agenda dan tindakan iklim masing-masing," katanya.

Post a Comment

0 Comments