KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) memerlukan kerjasama masyarakat umum bagi menangani isu kemiskinan haid di negara ini.
Setiausaha politik kepada Menteri Kesihatan melalui satu kenyataan berkata, walaupun kerajaan bersedia menyelesaikan itu tersebut, namun ia terhalang dengan sikap dan ketidaksediaan segelintir masyarakat untuk melihat isu tersebut sebagai perkara penting.
Melalui satu kenyataan sempena sambutan Hari Kebersihan Menstruasi Sedunia pada Ahad berkata, Napsiah Khamis menegaskan usaha menyelesaikan isu kemiskinan haid itu akan gagal selagi masyarakat tidak berfikiran terbuka atau sebagai isu yang wajar ditangani.
"Apabila YB Menteri mengumumkan inisatif meletakkan tuala wanita di beberapa tempat strategik di Kementerian, reaksi negatif yang mengejutkan riuh-rendah khususnya di sosial media.
"Ini membayangkan kedangkalan pemahaman terhadap is sebenar, keengganan menerima isu menstruasi khususnya kemiskinan haid sewajarnya menjadi wacana semua pihak dan tidak lagi dianggap taboo di samping kecenderungan untuk memperlekehkan atau memandang is menstruasi sebagai terpencil.
"Kita perlu keberanian dan kebijaksanaan untuk membicarakan isu ini dengan cara yang penuh hikmah dan berhemah. Ianya suatu isu yang besar dan perlu ditangani dengan sebaiknya serta penuh kebijaksanaan
selagi masyarakat melihat isu ini sebagai isu wanita yang terpencil, nescaya kita akan gagal menyelesaikan masalah pokok berkaitan kemiskinan haid dan akses kepada produk, fasiliti serta tentunya mengangkat maruah wanita.
'Mindset' wajar diubah supaya melihat is menstruasi ini bukan lagi sebagai suatu yang taboo tetapi sebagai satu keperluan kehidupan seharian," katanya.
28 Mei setiap tahun telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu )PBB) sebagai Hari Kebersihan Menstruasi Sedunia (World Menstrual Hygiene Day).
Namun menurut Napsiah, Hari Menstruasi Sedunia tidak menjadi suatu tarikh yang penting di negara ini malah terdengar asing.
"Sangat jarang adanya perbincangan atau wacana awam mengenai isu haid atau menstruasi ini, bukan sahaja dikalangan cerdik pandai apatah lagi masyarakat umum. Tidak keterlaluan ramai wanita yang menderita di dalam diam disebabkan hal-hal yang bersangkutan menstruasi dianggap tabu dan memalukan.
![]() |
Rakyat diminta berfikiran lebih terbuka |
?Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus berperanan untuk merealisasikan cita-cita ini," jelasnya.
0 Comments