PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim melontar kritikan keras kepadda bekas pemimpin yang memainkan sentimen bangsa namun dalam masa sama tidak berkongsi kekayaan dengan rakyat.
Pada ucapannya di Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mencabar bekas pemimpin yang mengumpul kekayaan ketika memegang kuasa supaya membuktikan niat mereka dengan menyerahkan separuh kekayaan mereka kepada orang Melayu yang dikatakan masih
"Saya harap perkara ini sampai, saya tak peduli. Berapa kekayaan? RM10 bilion, RM15 bilion? Betul nak tolong, nak jadi pejuang, nak selamatkan Melayu? Yang kamu sakau beri pada orang Melayu," katanya.
Mengulas lanjut dakwaannya, Anwar berkata pemimpin berkenaan ketika mempunyai kuasa dilihat mengaut kekayaan untuk diri sendiri dan sanak saudara mereka, namun sehingga kini gagal membantu orang Melayu.
Namun jelasnya apabila sudah kehilangan kuasa, mereka memainkan retorik kononnnya mahu membantu dan menyelamatkan orang Melayu yang sebelumnya dilupakan ketika mereka berkuasa.
"Sebab itu saya kata jangan guna kuasa untuk memperkayakan sanak saudara, kemudian apabila sanak saudara kaya dan mereka hilang kuasa, bercakap mengenai hidup Melayu dan hendak selamatkan Melayu.
"Kalau betul nak selamatkan Melayu, saya nak cakap pada pembesar, Tun dan Tan Sri yang kaya ini, kalau betul nak tolong Melayu, yang kamu ambil berpuluh bilion selama ini, bagi setengah kepada orang Melayu esok," katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menamakan pihak yang didakwanya itu.
Sementara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, menjelaskan beliau dan Kerajaan Perpaduan terbuka menerima kritikan dan teguran daripada semua pihak, namun ia harus berlandaskan fakta dan kebenaran.
![]() |
Anwar tegaskan jangan salah guna kuasa |
"Kalau kamu seorang pendakwah, menyampaikan tazkirah dan bicara soal tegakkan Islam, kamu tidak boleh putar-belit kenyataan dan tunggang agama untuk kepentingan diri dan politik," katanya.
0 Comments