MENTERI BESAR Kedah Muhammad Sanusi Md Nor disifatkan seorang pemimpin "biadab" dan gagal mengawal tingkah laku sebagai ketua kerajaan negeri.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dipetik laporan Malaysiakini berkata, Pengarah Pilihan Raya Pas itu wajar berhenti menyalahkan orang lain susulan polimitik politik antara kerajaan negeri dan Putrajaya yang diciptanya.
"Sanusi biadab mencadangkan perdana menteri menukar pegawai yang dilabelnya sebagai Little Napoleon. Perdana menteri tak perlu tukar pegawai sebaliknya Sanusi kena jaga decorum (tingkah laku) apabila hadir mesyuarat yang melibatkan rahsia negara.
"Semua orang tahu isu sebenar iaitu yang menimbulkan masalah ialah Sanusi apabila dia mereka-reka tuduhan tidak benar,"kata Saifuddin.
Sanusi sebelum ini pernah mendakwa dia tidak dijemput menghadiri Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima) 2023, selain menguar-uarkan dia akan disingkirkan dari Majlis Kewangan Negara.
Bagaimanapunpada Khamis Sanusi dilapor berkata dia tidak menghadapi sebarang masalah dengan Anwar sebaliknya hubungan mereka terjejas oleh peranan Little Napoleon yang ada di Pejabat Perdana Menteri.
Kenyataan itu dibuat menjelang berlangsungnya Rumah Terbuka Malaysia Madani yang menyaksikan Anwar dan pemimpin kerajaan berkunjung ke Alor Setar dan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, sudah mengesahkan untuk berkenan menghadiri majlis berkenaan.
Sementara itu Saifuddin berkata, untuk melihat sendiri tindak-tanduk Sanusi, orang ramai boleh menilainya sendiri berdasarkan komen Adun Jeneri terbabit terhadap majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani yang berbeza berbanding pemimpin PAS Kelantan dan Terengganu.
![]() |
Saifuddin sifatkan Sanusi sebagai biadap |
"Sanusi wajar mencontohi Menteri Besar Perlis, Kelantan dan Terengganu. Kita boleh berbeza tetapi masih tetap saling menghormati," katanya dipetik.
0 Comments