PEMBANGKANG tidak seharusnya bersangka buruk terhadap penganjuran majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani.
Bercakap kepada pemberita di Sungai Buloh semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya bukan hanya dilaksanakan oleh kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan sahaja.
Sebaliknya tegas Anwar semua parti termasuk negeri yang ditadbir Pas menganjurkan serupa, malah menurutnya kadangkala melaksanakannya jauh lebih mewah.
"Kita tidak boleh buat kenyataan yang menzahirkan sikap prasangka dan buruk sangka terhadap orang.
“Semua kerajaan negeri buat, kerajaan di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) buat, bawah Barisan Nasional buat, bawah Pas pun buat kadang-kala mewah,” katanya mengulas tuduhan beberapa pemimpin pembangkang yang mendakwa program itu membazir.
![]() |
Apakah salah jamu rakyat makan? |
“Yang penting jaga cermat wang rakyat untuk belanja bagi makan rakyat setahun sekali. Mereka dapat berdamping dengan kita itu tujuannya,” jelasnya.
0 Comments