DAKWAAN mengatakan bahawa penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri sebagai pembaziran mahupun tindakan 'menunggang agama' ditempelak Perdana Menteri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan program Rumah Terbuka itu bukan dilaksanakan atas kapasiti peribadi, sebaliknya dianjurkan kerajaan sebagai usaha mendampingi dan menyantuni rakyat.
"Kalau buat atas kapasiti peribadi termasuk keluarga, wajarlah guna wang dari poket sendiri, tetapi ini (anjuran) kerajaan untuk rakyat dan (perbelanjaan) jauh lebih murah (jika) buat di Alor Setar, Kedah berbanding di Putrajaya.
"Kerajaan di mana-mana pun akan buat (majlis rumah terbuka), bukan membazir kerana kita beri makan kepada rakyat. Bagi saya ia tidak membazir,' jelasnya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jaminul Ehsan di Sungai Buloh semalam.
![]() |
Mengapa takut dengan program rumah terbuka PM |
Majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri akan diadakan di Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu, dengan Majlis Rumah Terbuka di Hotel Raia, Alor Setar menjadi lokasi pertama hari ini.
0 Comments