LAPAN BELAS isi rumah yang terlibat kebakaran di Jalan Saga Likas di sini menerima sumbangan wang tunai RM1,000 bagi setiap keluarga daripada Pejabat Parlimen Sepanggar.
Ahli Parlimen Sepanggar Mustapha Sakmud ketika menyampaikan sumbangan itu berharap ia digunakan sebaik mungkin terutama untuk membeli barangan keperluan anak-anak yang akan bersekolah bulan hadapan.
“Pejabat Parlimen Sepanggar bersedia menghulurkan bantuan sekiranya ada keperluan lain untuk mangsa kebakaran ini,” katanya.
Tambah Timbalan Pengerusi MPN KEADILAN Sabah itu lagi, pihaknya sedang membincangkan bantuan lain yang boleh disalurkan termasuk penempatan dari segi penempatan baharu.
“Bantuan tambahan seterusnya akan difikirkan kemudian termasuk perbincangan bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Kebajikan serta agensi berkaitan lain.
![]() |
Sumbangan diharap ringan beban ditanggung |
Dalam pada itu beliau juga menasihatkan masyarakat di kawasan Sepanggar ini agar sentiasa peka dan berhati-hati mengendalikan peralatan elektrik semasa musim perayaan ini.
0 Comments