ABIM kecam tindakan rejim Qais Saeed


TINDAKAN
pemerintah Tunisia rejim Qais Saeed yang bertindak menghalang pimpinan pembangkang melakukan reformasi politik tahanan tanpa bicara diselar Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam satu kenyataan berkata, warga antarabangsa perlu sepakat mengecam tindakan terbaharu rejim Qais Saeed yang bertindak menghalang pimpinan pembangkang negara itu melakukan reformasi itu.

"Tindakan ini adalah merujuk kepada kepada tahanan tanpa lunas keadilan undang-undang yang dilakukan rejim diktator Tunisia Qais Saeed minggu lepas yang masih berkuat kuasa hingga hari ini.

"Malah kekejaman berterusan pemerintah Tunisia hari ini seolah-olah telah melenyapkan harapan warga dunia yang mahu melihat episod baharu demokrasi di Tunisia," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Melalui kenyataan sama, ABIM turut menggesa badan hak asasi dunia untuk turut sama secara berterusan menyelar tindakan zalim yang dilakukan pemerintah Tunisia yang menekan suara rakyat.

Terdahulu media melaporkan pihak berkuasa Tunisia menahan pemimpin parti Ennahda Rached Ghannouchi dalam satu langkah menyaksikan peningkatan dalam kempen penangkapan yang menyasarkan ramai penentang berprofil tinggi Presiden Kais Saied.

ABIM gesa pembebasan Ghannouchi
Polis menyerbu rumah bekas Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Tunisia itu, menggeledahnya sebelum membawanya ke destinasi yang tidak diketahui.

"Dunia harus ingat bahawa Syaikh Rached Ghannouchi merupakan antara tokoh yang memperjuangkan hak asasi rakyat menerusi lunas demokrasi serta menolak penggunaan kekerasan walau dalam apa jua keadaan sekalipun," tegas ABIM yang menuntut pembebasan Ghannouchi.

Post a Comment

0 Comments