KERAJAAN Perpaduan telah membuktikan komitmennya menyelesaikan isu penjawatan yang dibangkitkan pegawai perubatan kontrak sebelum ini.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyerap 4,263 kakitangan terbabit ke penempatan tetap pada tahun ini dan proses itu jelasnya sedang berjalan.
“Saya menerima pelbagai respons positif, ada yang mengucapkan terima kasih kepada KKM kerana membantu doktor yang terlibat dan insya-Allah kita akan lihat skim-skim (yang) lain (juga),” katanya.
Dr Zaliha berkata begitu pada sesi Town Hall Kertas Putih Kesihatan Zon Tengah di Hotel Zecon, Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Selasa.
Mac lalu, kumpulan Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) menggesa isu petugas perubatan berstatus kontrak diselesaikan.
![]() |
KKM serius selesai isu kakitangan kontrak |
Susulan itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 April lalu mengumumkan kerajaan akan menyerap 12,800 doktor lantikan kontrak akan diserap ke jawatan tetap dalam tempoh tiga tahun dengan membabitkan peruntukan tambahan RM1.7 bilion.
0 Comments