BEKAS Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menipu apabila mendakwa dirinya memberi arahan spesifik membatalkan pengecualian cukai yang diberi kerajaan Barisan Nasional kepada Yayasan Albukhary yang dinaungi Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Dalam satu hantaran di Facebooknya, beliau menuntut Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan surat membuktikan beliau pernah mengeluarkan arahan pembatalan cukai tersebut.
"Ini tidak benar dan tidak tepat. Bolehkah Muhyiddin tunjuk surat di mana saya keluarkan arahan sebagai Menteri Kewangan untuk membatalkan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary?
"Sekiranya beliau gagal buat demikian, saya akan mendapatkan nasihat undang-undang terhadap pembohongan Muhyiddin yang berniat jahat ke atas saya memandangkan ia juga membabitkan tuduhan rasuah yang akan dibicarakan di mahkamah kelak," kata Ahli Parlimen Bagan itu.
![]() |
Guan Eng cabar Muhyiddin kemukakan bukti |
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata: “Selepas PRU14, kerajaan gabungan HARAPAN tertubuh. Menteri Kewangan daripada DAP, Lim Guan Eng telah membatalkan pengecualian yang telah pun diluluskan kepada Yayasan Albukhary.”
0 Comments